Sweet Potato
AboutLinksEntries

________________________________________________________________________________________
27 September 2013 | 10:33 PTG | 1 Atasinchi
Hi assalamualaikum. Tahu takde sape akan baca blog nih. So, nak luahkan segala galanyaaa. Awak. Harini saya perlukan awak. Saya nak luahkan apa yang saya rasa, sebab saya dah tak kuat nak tanggung semua ni. Saya tak kuat. Harini saya lemah sangat. Awak. Harini saya fikirkan awak. Saya harap awak ada. Temankan saya. Sebab saya lemah. Dulu, awak pernah janji dekat saya. Awak akan ada saat saya perlukan awak. Tapi awak tipu saya. Awak takde dengan saya. Awak. Saya nak awak. Saya nak awak tenangkan saya. Cakap semuanya akan okay. Tapi awak takde. Awak pergi mana? Saya betul betul perlukan awak. Awak. Saya nak mesej awak. Nak cakap saya rindu awak. Tapi saya tak berani. Saya nak call awak. Nak dengar suara awak. Tapi saya tak tahu nak call no apa. Jadi saya pendam semuanya. Awak tak rindu saya kan? Awak tak pernah fikirkan saya dah kan? Saya tak kisah. Asalkan awak bahagia.

Sekarang. Saya dah sedar banyak perkara. Janji semuanya akan hilang lepas putus. Mulanya saya tak faham. Kenapa perlu berjanji kalau tak dapat tunaikan. Sekarang saya faham. Janji, semuanya palsu. Saya takkan percaya janji apa dah. Sebab saya dah serik kena tipu. Lagi satu, manusia tak pernah menghargai. Mulanya jugak. saya sedar saya salah sebab tak pernah hargai awak. Tapi saya tak pernah berniat untuk cari pengganti awak. Tapi sekarang saya sedar. Hubungan kita cuma mainan bagi awak. Kalau awak bosan, awak cari saya. Kalau awak happy awak tinggalkan saya. Ohh sejujurnya. Saya...

Awak. Saya nak awak. Setiap kali mesej masuk, saya harap itu awak. Tapi tak.. Saya okay. Jangan risau. Walaupun saya menangis teruk macam mana sekali pun, saya tak minta simpati awak. Sebab saya nak awak ikhlas layan saya. Saya nak awak cakap, "jangan tipu saya, saya tahu awak tak okay. Kalau awak nak menangis, saya ada untuk teman awak. Saya takkan tinggalkan awak" Saya harap sangat awak akan cakap macam tu bila saya berlakon cool yang saya okay. Tapi.. Saya takkan ada peluang tu lagi. Sebab semuanya dah berakhir. Saya dah tak dapat nak contact dengan awak. Mungkin saya boleh dengar semua tu dalam mimpi saya. Takpe. Saya tak kisah pun. Asalkan saya dapat tengok awak.

Awak--
Harini saya perlukan awak.

PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Holla! Annyeong ^.^ welcome hommies ;p Be nice to me :)
Molla Molla Molla I'm so cute ;p
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ The Love ◕

_______________________________________
◕ Sing Along ◕



_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google