Sweet Potato
AboutLinksEntries

________________________________________________________________________________________
11 November 2013 | 11:34 PTG | 0 Atasinchi
Hi assalamualaikum. Annyeong Aminur! Hihi if you read this. Saya tulis ni khas untuk awak :')


Hi awak. Hai Hai. Sebelum tu, saya nak minta maaf sebab pergi macam tu je. Saya nak minta maaf sebab selalu buat keputusan sendiri. Saya minta maaf sebab selalu tinggalkan awak. Saya minta maaf sebab selalu menyusahkan awak, Saya minta maaf sebab selalu kacau awak. Saya minta maaf sebab selalu mesej awak. Saya minta maaf sebab selalu call awak ajak jumpa. Saya minta maaf sebab selalu ganggu tidur awak. Saya minta maaf sebab selalu marah awak. Saya minta maaf sebab saya tak pernah jadi yang terbaik untuk awak. Saya minta maaf sebab ganggu hubungan awak yang sekarang ni. Saya minta maaf disebabkan saya, awak selalu tipu dia.

Awak..... Saya rindu awak lah. Saya nak call awak. Tapi, hmm.. esok anniversary kita kan. Kita dah tak sambut macam dulu. Its just a normal day for you. Tapi phone saya keep reminding its our anniversary. Awak. Saya taknak berpisah dengan awak. Tapi saya rasa saya tak boleh teruskan hubungan ni lagi. Bukan sebab saya tak sayang awak. Sebab saya terlalu sayangkan awak. Saya tak tahu nak cakap macam mana bila awak cakap dekat saya yang awak tak bahagia. Saya nak protect awak. Saya nak selalu ada dengan awak. Tapi perasaan saya tak pernah berhenti untuk sayang awak. Saya takut saya akan selalu menyusahkan awak dengan perasaan yang sia-sia ni.

Saya nak awak tahu, saya sayang awak lebih dari orang lain. Saya nak awak tahu, saya tak pernah lupakan awak. Saya tak pernah berhenti rindu dan sayangkan awak. Saya tak pernah berhenti berharap yang awak akan jadi milik saya balik. Awak. Saya tahu, perasaan awak dekat saya dah berubah. Saya tahu awak dah tak sayangkan saya macam dulu. Saya tahu awak tak kisah sama ada saya ada atau tak. Saya tahu awak cuma akan ikut cakap saya. Awak. Kalau saya cakap, saya nak putus, awak okay. Kalau saya cakap jgn mesej saya, awak okay. Semuanya akan okay kan? Saya tak tahu nak cakap macam mana.

Awak. Thanks. Thanks sebab cerita masalah awak dekat saya. Thanks sebab percayakan saya. thanks sebab tak pernah hampakan saya. thanks sebab selalu selesakan saya. thanks sebab selalu ada. Awak. Dari dulu saya nak cakap benda ni, tapi saya takde peluang. Awak. terima kasih :) terima kasih sebab bagi peluang untuk sayangkan awak, cintakan awak dan memiliki awak. Terima kasih sebab terima kekurangan saya. Terima kasih sebab bagi peluang untuk saya rasa cinta. Terima kasih sebab jadi yang pertama untuk saya. Terima kasih sebab banyak bina memori dengan saya. Terima kasih sebab layan karenah saya. Terima kasih sebab tak pernah jemu layan saya :') gumawo oppa :D hihihi

awak awak. awak comel. awak mengade. awak cool. awak handsome. awak macho. awak baik. awak nakal. awak setia. awak segalanya untuk saya. what to do? awak. saya dah takde apa nak cakap. Kalau awak rasa terseksa, menangis okay? Walaupun awak lelaki. tapi awak ada perasaan. perasaan yang boleh buat awak menangis. Hmm, kalau awak takde sape nak story. awak boleh cari saya, saya akan dengar. jangan risau, saya akan ada saat awak perlukan. dan akan pergi saat awak tak perlukan saya. saya tak anggap awak teruk. tapi itu yang saya nak :') hikhik. awak. be happy :) ohh ya. Happy Anniversary for 1 year 11 monthss. Oppa! Saranghaeyo. muahmuah.

me + you stronger than what we think. keep smiling and loving each other xoxo. will miss you :)
________________________________________________________________________________________
30 September 2013 | 8:44 PG | 0 Atasinchi
Hi Assalamualaikum. Wiwiwiw. Yayy cuti! Haha k not that happy -___- Lagi 2 hari nak PMR. Ehh kalau ikutkan tinggal esok jeee. Then Rabu dah exam. K takut sangat. Paling takut Sej, KH and Science. Hmm Hmm. Nak dapat straight As :( Taknak hampakan parents. And nak Dslr! Ayah promise kalau dapat straight As nak bagi dslr. Hmm tapi tapi. Mampu ke? PMR please be nice to me :'( Soalan senang pleaseee?

Ibu and ayah. Acik minta maaf sebab tak dengar cakap ibu ayah. Acik minta maaf sebab tak study elok elok. Acik minta maaf sebab selalu risaukan ayah dengan perangai acik yang nakal. Selalu balik lambat. Ponteng tuisyen. Acik minta maaf atas segalanya. Doakan acik berjaya macam apa yang ibu ayah harapkan. Aminn. In shaa Allah acik takkan hampakan ibu ayah.

By the way. Kepada semua yang aku kenal. Tak kira lelaki atau perempuan. Tua atau muda. Comel atau tidak. Aku nak minta maaf kalau ada buat salah. Terbiadap dengan korang. Apa apa lagi lahh. Aku harap korang maafkan aku and doakan kejayaan aku. Dan untuk Aminur and Ela. Aku nak minta maaf kat korang. Kalau sebab aku hubungan korang renggang. Aku nak minta maaf sebab ganggu hubungan korang. Aku takde niat nak buat semua tu. Aku cuma takut kehilangan Aminur. Tapi sekarang aku dah okay. Aku takkan ganggu hubungan korang lagi. Jangan risau okay? Btw. Doakan aku pleasee :p Ohh tak lupa juga. Untuk Kak Farah. Syaz minta maaf sebab Syaz akak terpaksa tunggu sampai 3 jam untuk keluar. Maafkan Syaz.

Untuk cikgu - cikgu. Saya nak minta maaf sebab tak pernah siapkan homework cikgu. Selalu tidur dalam kelas. Selalu ponteng kelas. Selalu buat bising dalam kelas. Saya minta maaf. And nak minta maaf juga kalau ada terumpat tentang cikgu. Salah sayaaa sebab terlalu malas kan. Cikgu, halalkan ilmu yang cikgu dah ajar. Doakan kami (pelajar 3 Amanah) dapat 9A dalam PMR tahun ni.

K byeeeeeeeee. Doakan saya okayyy! And maafkan saya selama 15 tahun dah hidup nihh :')
________________________________________________________________________________________
27 September 2013 | 10:33 PTG | 1 Atasinchi
Hi assalamualaikum. Tahu takde sape akan baca blog nih. So, nak luahkan segala galanyaaa. Awak. Harini saya perlukan awak. Saya nak luahkan apa yang saya rasa, sebab saya dah tak kuat nak tanggung semua ni. Saya tak kuat. Harini saya lemah sangat. Awak. Harini saya fikirkan awak. Saya harap awak ada. Temankan saya. Sebab saya lemah. Dulu, awak pernah janji dekat saya. Awak akan ada saat saya perlukan awak. Tapi awak tipu saya. Awak takde dengan saya. Awak. Saya nak awak. Saya nak awak tenangkan saya. Cakap semuanya akan okay. Tapi awak takde. Awak pergi mana? Saya betul betul perlukan awak. Awak. Saya nak mesej awak. Nak cakap saya rindu awak. Tapi saya tak berani. Saya nak call awak. Nak dengar suara awak. Tapi saya tak tahu nak call no apa. Jadi saya pendam semuanya. Awak tak rindu saya kan? Awak tak pernah fikirkan saya dah kan? Saya tak kisah. Asalkan awak bahagia.

Sekarang. Saya dah sedar banyak perkara. Janji semuanya akan hilang lepas putus. Mulanya saya tak faham. Kenapa perlu berjanji kalau tak dapat tunaikan. Sekarang saya faham. Janji, semuanya palsu. Saya takkan percaya janji apa dah. Sebab saya dah serik kena tipu. Lagi satu, manusia tak pernah menghargai. Mulanya jugak. saya sedar saya salah sebab tak pernah hargai awak. Tapi saya tak pernah berniat untuk cari pengganti awak. Tapi sekarang saya sedar. Hubungan kita cuma mainan bagi awak. Kalau awak bosan, awak cari saya. Kalau awak happy awak tinggalkan saya. Ohh sejujurnya. Saya...

Awak. Saya nak awak. Setiap kali mesej masuk, saya harap itu awak. Tapi tak.. Saya okay. Jangan risau. Walaupun saya menangis teruk macam mana sekali pun, saya tak minta simpati awak. Sebab saya nak awak ikhlas layan saya. Saya nak awak cakap, "jangan tipu saya, saya tahu awak tak okay. Kalau awak nak menangis, saya ada untuk teman awak. Saya takkan tinggalkan awak" Saya harap sangat awak akan cakap macam tu bila saya berlakon cool yang saya okay. Tapi.. Saya takkan ada peluang tu lagi. Sebab semuanya dah berakhir. Saya dah tak dapat nak contact dengan awak. Mungkin saya boleh dengar semua tu dalam mimpi saya. Takpe. Saya tak kisah pun. Asalkan saya dapat tengok awak.

Awak--
Harini saya perlukan awak.

________________________________________________________________________________________
26 September 2013 | 10:57 PTG | 0 Atasinchi
Hi assalamualaikum. Yayyy lagi 5 hari nak PMR. Haha k nangis. Tak cukup mantap ni nak dapat straight As. Hmm nangis nangis. Haha dah macam takde kerja lain. Dah tahu teruk -- study laaaaaaaaaaaa. Hmm k I think that not the point. Hmm. Hmm dah penat la nak bercinta nih. Penat sangat. Even baru first time couple. Penatttttttttttttttt! *nangis. Saya harap awak tak baca blog ni.
Awak nak tahu sesuatu tak. Saya sayang awak sampai sekarang. walaupun kita dah tak contact, walaupun kita dah putus, walaupun awak dah takde apa apa perasaan dekat saya. Saya still sayangkan awak. Tapi saya simpan semuanya. Saya tak pernah bagitahu sape sape tentang perasaan saya. Saya tak pernah bagitahu sape sape kalau saya rindu awak. Setiap kali saya rindukan awak. Apa yang saya buat semua tak kena. Saya tak boleh fokus. Saya cuma fikirkan awak. Sakit tahu tak? Sakit pendam segalanya. Tapi saya kuat. Saya boleh hadapi semuanya sorang sorang. Saya kuat kan awak? Walaupun saya menangis, saya tak pernah tunjuk. Saya selalu senyum and berlakon cool. Tapi disebalik tu, cuma saya yang tahu betapa peritnya. Betapa sakitnya. Saya benci la nak berlakon macam ni. Kalau boleh nak je luahkan semuanyaa. Tapi saya bukan jenis yang macam tu. Jadi saya pendam dan pendam.
Haa awak. Ingat tak. Semalam kita jumpa. and itu last kita jumpa kan? Saya tak banyak cakap pun masa tu. Oh awak betul. Saya cakap dalam hati. Tapi kali ni saya tak fikir tentang awak. Saya fikir tentang saya pulak. Hahahaha *selfish Apa yang saya fikir kan awak. Kenapa kita datang sini? Ohh tenang sangat. Kan best kalau dapat bersama dengan awak lama lama. Takkan putus macam dulu. Tapi kalau kita bersama macam ni, macam mana kalau saya sayang awak balik? Saya tak boleh berhenti mesej awak macam mana? Nanti kalau awak tinggalkan saya, saya akan menangis? Ohh betul. Semua tu berlaku. Saya takut kehilangan awak. Saya nak cakap dengan awak. Jangan tinggal saya. Tapi saya tak boleh. Yang saya boleh cakap. "jangan muncul dalam hidup saya lagi" Peritnya. Saya menangis. Awak kejam!!! Saya dah lame tak menangisssssss.
Ohh hari yang saya takut sangat. Harini. Tak sangkanyaa. Ok. Patahkan la sim tu. Jangan mesej saya. Jangan ingat saya. Jangan buat apa apa yang berkaitan dengan saya dahh. Sebab saya betul betul akan lupakan awak. Ehh no. Saya akan buat awak tak pernah muncul dalam hidup saya. Atau awak dah mati dalam hidup saya. Saya takkan ingat awak. Takkan ingat kenangan kita semua tu. We live our own life okayy? Jangan pernah muncul dalam hidup saya. Kalau awak sayang saya. Sebab semua tu akan sakitkan saya. Pleaseee? Bye Aminur Rashid. Take care.
________________________________________________________________________________________
12 September 2013 | 12:44 PTG | 0 Atasinchi
Hi Assalamualaikum. Everything was over. Everything was going to be end. There no more you in my life. I dont think about you anymore. Ohh and almost I forgot your smile, your voice and your laugh. I forgot all of that. Terima kasih sebab pergi. Terima kasih sebab beri saya peluang untuk mencari erti kebebasan. Thanks of that. Saya dah malas nak fikir tentang awak, dah malas nak tunggu awak. Saya penat dengan semua tu. And now I gave up. Saya dah taknak tengok muka awak. Saya dah taknak tengok kebahagiaan awak. Oh ya, kalau awak bahagia sekalipun saya dah tak kisah. Saya takkan kisah. Kalau awak sedih sekalipun. Boleh tak nak cakap, Serve you right! Okay. Saya nak cakap tu kalau awak break up dengan dia. Saya nak gelak besar kalau awak putus. Awak pernah cakap macam tu kan kalau saya couple dengan kawan awak? Haha. Awak tak kenal siapa saya. Saya dah cakap dekat awak saya takkan ada org lain selain awak. Saya ikhlas sayangkan awak. Saya ikhlas tunggu awak. Tapi awak hancurkan semua tu. awak tunjuk dekat saya yang awak boleh bahagia tanpa saya. Thats was a relief. Thanks sebab bahagia. Awak hancurkan hati saya. Awak hancurkan harapan saya. Awak down kan saya. Saya lemah sangat tanpa awak. Tapi sekarang saya dah sedar kenapa awak buat semua ni. Saya terlupa. Awak tetap awak. Takkan berubah. Saya menyesal sebab percaya yang awak akan berubah. I'm really dissapoint on you. Btw thanks sebab beri saya peluang untuk sayang awak, bersama awak. Jangan risau, saya takkan mesej awak, takkan call awak. Lagipun nanti saya nak tukar no. awak takkan cari saya and saya pun takkan cari awak. takkan tunggu awak. takkan sayangkan awak. Kalau kita terserempak, saya takkan kenal awak. Saya takkan tegur awak. Saya takkan senyum dekat awak, sebab saya tak kenal awak. Saya pasti akan cari someone yang better dari awak :') Don't worry. I'll make it true. I'll happy. Oh by the way. Saya tak sangka harini 12 haribulan. Happy Anniversary. Take care.
________________________________________________________________________________________
31 Ogos 2013 | 6:34 PTG | 1 Atasinchi
Hi assalamualaikum. Salam Kemerdekaan :) Tahniah Malaysia dah capai kemerdekaan yang ke- 56. Ok, thats not the point. Ni nak cerita about that boy, someone I love -- Aminur Rashid.

Sejujurnya kami dah clash, sebab.. Thats ma fault. Tapi sejujurnya jugaa aku tak pernah berhenti cinta dia, sayang dia, rindu dia. Semuanya tak pernah berubah. Sama macam dulu :) Tapi dirinya -- tak boleh cakap apa. Sebab tak pernah tahu dah perasaan dia, tak pernah tanya ' awak cinta saya lagi tak? ' seriouslyyy teringin nak tanya. Tapi takut -- kecewa. So, tabahkan diri. Cakap dekat hati, InsyaAllah dia sayang kamu sebagai kawan :) So, teruskan kehidupan macam biasanya. Wait -- Macam biasa? NO! Luar biasa :( Okay nak jujur lagi. Aku ni bukan jenis yang suka luahkan segala isi hati ini dekat sesiapa. So, my dearest blog, jadi peneman saya k? :')

Setiap kali kita jumpa kan awak. Saya selalu cakap dalam hati masa awak tengah on the phone. " Boleh tak sekejap je awak lebihkan saya. Boleh tak sekejap je awak tak abaikan saya. Boleh tak sekejap je awak off kan phone awak? Boleh tak jangan tinggal saya? Boleh tak teman saya? Boleh tak setiap kali kita jumpa awak takkan lepaskan genggaman tangan ni untuk panggilan phone tu? Penting sangat ke dari saya yang di depan awak? Semuanya lebih penting dari saya kan? Boleh tak saya pergi? " lepastu saya pergi tinggalkan awak. Awak tanya saya kenapa. Saya nak jawab " Penting sangat ke semua itu dari saya? " Tapi tabahkan hati cakap, takde pape :) Saya ni kuat tau awak. Saya tak pernah menangis depan awak. Saya taknak awak tahu saya sakit. Sebab awak takkan kisah, dan saya akan sakit balik. Ok. Haritu je sekali saya pernah nangis depan awak --

Awak--
Harini kita jumpa lagi. Thanks, just that I want to say. Tapi kan awak. Balik tu awak tak mesej saya. Kenapa? Saya minta maaf sebab saya, awak balik lambat. Tapi... Salah saya ke awak? :( tadi saya tak buat hal pun. Awak cakap nak balik. Saya ok je. Tapi masa tu saya penat. Awak cakap tunggu awak nak ambil air, nanti awak datang. Ok saya tunggu. Tapi saya lari pergi tempat yang kita selalu datang. Dekat situ saya ada tulis " I just can't let you go" then saya nangis sorang sorang kat situ. Hahaha. Pastu saya dengar suara awak. Ehh takk -- Step langkah awak. Awak pergi dekat tempat yang saya tunggu. Tapi saya takde kan. Awak terkejut tak? Hahaha I guess No. Ehh tiba tiba awak datang Cepat cepat saya padam apa yang saya tulis tu. Again saya tabahkan hati untuk lepaskan awak pergi. Macam mane awak boleh tahu saya ada dekat situ? Then he said " orang dapat rasa dia ada dekat situ " Wahh seriously terharu :( Perasaan kita macam kuat je each other? Huahua. Perasannya saya --

Awak --
Bila kita nak stop tipu perasaan each other? Kalau awak dah tak perlukan saya after semua ni. Bagitahu saya eh? :') Saya terima semuanya. MUNGKIN -- Hikhik. Lebiu kekasih. Ehh? ._.

By the wayy.
Bye August, Hello September :D
Wish this month full of happiness. full of cinta. Full of laughter.
May Allah bless all of us.
________________________________________________________________________________________
27 Ogos 2013 | 11:04 PG | 0 Atasinchi
Hi assalamualaikum. Bukan semua benda kita boleh cerita dekat orang. Bukan semua masalah boleh diceritakan even dekat kawan paling rapat. Luahan hati hanya Allah dan kita sendiri je tahu. Sama ada bahagia, kecewa, rindu, sayang and etc. Semuanya tak dapat diungkap kata-kata. Ia dapat dirasa dengan keikhlasan hati. Doa sebagai kekuatan diri. Untuk bangkit dan meneruskan kehidupan yang penuh onak dan duri. Penuh dengan kegagalan dan kejayaan. Penuh dengan dugaan. Penuh dengan kekecewaan.
Cinta --
Hadirnya tanpa diduga. Mekarnya tanpa dirasa. Katanya tidak terungkap. Rindunya tidak terkata. Sayangnya tiada henti. Kehilangannya sungguh terasa.
Setiap manusia telah ditetapkan jodohnya oleh Allah. Setiap manusia ingin disayangi. Tapi mereka tidak sedar akan kasih sayang abadi. Sibuk mencari pasangan yang belum tentu jodohnya. Sibuk mencari cinta yang belum pasti ikhlasnya. Sibuk mengejar cinta yang pergi. Indahnya percintaan tidak terkata. Pandangan mata kabur semuanya, apa yang dilihat. Semuanya indah di mata. Seronoknya disayangi hingga terlupa, perpisahan itu ada.
Perpisahan --
Sakitnya sangat terasa. Kekecewaannya tidak dapat dijangka. Kehilangannya putus harapan dunia. Rindunya pedihnya rasa. Kenangan bersamanya bermain di mata. Janjinya tidak dapat di lupa.
Pepisahan itu sungguh menyakitkan. Kenangan yang dibina bersama tidak dapat dilupakan. Ingin terus bersamanya walau sebagai teman. Ingin terus didekatnya walau diabaikan. Ingin mencintainya walau tiada balasan. Ingin terus bersamanya seperti janji yang diungkap. Ingin terus bersamanya mengharungi dunia yang penuh berbagai-bagai dugaan.
Dirinya --
Manis senyumannya. Riang ketawanya. Lawak jenakanya. Keikhlasan hatinya. Ketulusan cintanya. Indah matanya. Lembut bahasanya. Gerak gayanya. Kebahagiaan hidupnya.
Terima kasih kerana memberiku peluang untuk mencintaimu Terima kasih kerana mengajarku erti kebahagiaan hidup, erti cinta. Terima kasih kerana tidak pernah bosan melayan karenahku dari tidak matang hingga sekarang. Bahagianya bersamamu, ikhlasnya cintamu. Terima kasih kerana memberikan aku peluang merasainya walau sebentar. Terima kasih kerana menjadi cinta pertamaku. Namamu selalu di ingatan. Akan tetap di hati selamanya. Terima kasih kerana hadir dalam dunia percintaanku. Always love you, Aminur Rashid.

                   Ex-mu,
Syazliana
Together we make up the  world -- Thanks.
Gambar tidak dapat digambarkan indahnya kasih sayang. Bahagianya perhubungan. Ini je adaaaaaaa. Sob Sob :( Thanks for the memory, Love.









PAST


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Holla! Annyeong ^.^ welcome hommies ;p Be nice to me :)
Molla Molla Molla I'm so cute ;p
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ The Love ◕

_______________________________________
◕ Sing Along ◕



_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google